Sunday, June 5, 2011

Sunday, March 20, 2011

Thursday, March 17, 2011

Friday, August 27, 2010

Sunday, August 1, 2010

Monday, March 29, 2010

Ketam Butter Milk

Anjung Ketam Labuan



Cuti sekolah lepas mama bercuti ke Labuan semasa family 4 hari 3 malam. Antara memori yang paling diingat ialah kemanisan, kelemakan dan kesedapan Buttermilk Crab dan juga sotong goreng tepung yang bagi mama memang tip-top! Sedap woo. First time pekena terus mama rasa macam nak tapau bawak balik KL.



Kami tinggal di Tiara Apartment lebih kurang 14 km ke Tg Aru. Tak ada masalah kami sewa kereta, Hubby memang expert almaklumlah dia dah datang 3 kali! Labuan no problem insyAllah tak sesat sebab keliling pulau. Ok direction ke Batu Manikar dan bila nampak Tg Aru slow sikit. Kalau dari Taman Burung sebelah kiri. Nampak sign board ke Anjung Ketam. Masa memula nampak sign board tu mula air liur dah mula mengecur just becoz mama berikan perhatian mendalam terhadap gambar ketam yang terpampang kat situ.



Ni ler gerai makan makcik tu. Perhatikan pelayan pompuan 2 orang tu. Haa, gerai tu la. Bersih persekitarannya. Banyak ketam-ketam hidup yang fresh boleh dipilih. Aku perasan gerai tu No.3 dan boardnya kaler biru. So sesapa yang berkesempatan ke Labuan singgahlah ke Anjung Ketam dan sila-sila ler ke gerai No.3 tu ok? Takkan nyesal punya la.



Pewit. Apakah ini? Wohoo. Ini ler yang dinamakan Buttermilk Crab dan juga Sotong Goreng Tepung. Lihatlah kecantikan menu di atas (err cantik ke? well, terpulang pada korang la menilainya yek). I tell you, memang sedap sangat ketam ni. Makan bersama nasik putih panas-panas. Memang mama teringat-ingat sampai sekarang rasanya yang buttery, milky dan wangi itu. Panjang umur nanti nak ajak hubby ke sana lagi. Satu hari nanti la kan?