Monday, September 14, 2009

Sirlion Steak


Sirlion Steak


Bahan-bahannya
- 400g steak sirloin
- 1 biji kentang - dibakar
- 1 biji jagung
- 1 biji tomato
- Sedikit lobak merah
- Bunga kobis & brokoli
- Seasoning steak

Bahan Sos
- 1 ulas bawang putih- dicincang
- 2 biji bawang besar - dicincang
- 2 sudu besar sos worchestershire - ( lea & perrins)
- 1 sudu besar jus limau nipis
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar mentega
- 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
- 2 biji tomato - buang biji + cincang
- 1 sudu kecil lada hitam

Cara-caranya
- Bersihkan daging.
- Perap daging dengan seasoning steak selama 1 jam
- Panggang daging hingga masak. Atau masuk di dalam oven
- Sementara menunggu, rebus carrot, bunga kubis dengan jagung dan
secubit garam hingga lembut.
- Toskan
- Panaskan mentega dlm periuk.
- Tumis bawang yang dicincang tadi sampai berbau.
- Masukkan bahan sos yang lain dan kacau hingga pekat.
- Bubuh daging dan sayuran dalam pinggan.
- Hidangkan dgn sos

resipi maya zakri

Thursday, September 10, 2009

Nasi Ayam Percik

Nasi Ayam Percik


Bahan2nya utk perap

1/2 ekor ayam, bawang besar, halia, serai (dimesin halus)
jintan manis, jintan putih

Cara2nya

· Perapkan ayam + adunan no 1 selama lebih kurang 10 minit.
· Selepas itu kukus sekejap ayam tersebut supaya ia lembut sikit dan biarkan perasa menyerap ke dlm isi ayam dan cepat masak apabila dibakar
· Bakar ayam sehingga garing kekuningan dan salutkan kuah percik.
· Bakar. Salutkan kedua kali ayam dengan kuah percik. Bakar lagi.
· Hidangkan sewaktu panas.

Kuah percik

Bawang besar,bawang putih- (lebih kan bawang besar) di mesin halushalia, lengkuas (lebihkan lengkuas dari halia) - dimesin halusjintan manis, jintan putih - di mesin halusserai - di ketukcili boh / cili kering (yg telah dimesin halus) - terpulang kepada kepedasan yg diinginiAir asam jawaSantan secukupnyasedikit tepung beras (utk memekatkan kuah)Garam, gula

Cara2 membuat kuah percik

· Tumiskan bawang dan halia sehingga berbau wangi
· Tambahkan cili boh/cili kering sehingga pecah minyak. Campurkan gula sedikit.
· Masukkan serai yg telah diketuk (serai terpulang samada nak dimesin bersama dengan halia tadi)
· Tambahkan jintan manis/jintan putih.. biarkan sampai pecah minyak
· Masukkan santan dan kacau supaya tidak berbuku.
· Apabila kuah telah menggelegak tambahkan air asam jawa dan kacau rata. tambahkan garam secukup rasa dan jugak ajinomoto.
· tambahkan tepung beras yg dicampurkan dengan sedikit air utk memekatkan kuah


Masak Lemak Daging

Daging Masak Lemak Cili Padi

Bahan-Bahan :

1 kg daging lembu/kambing (direbus 3/4 masak)- saya masukkan jer dlm pressure cooker..
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*2 sm halia*
2 batang serai*2 sm lengkuas*
2 sm kunyit hidup*
20 batang lada padi hijau*
2 batang lada merah*
2 helai daun kunyit (potong lebar2)
sedikit daun limau purut
sedikit bawang goreng (optional)
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
2 biji kentang (dipotong wedges-optional)
1 batang lobak merah (dipotong bulat2-optional)
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
sedikit
minyak utk menumis

Cara-Caranya:

Kisar bahan-bahan bertanda *.
Daging dipotong seperti "potong rendang" atau mengikut citarasa anda.
Rebus dgn air hingga 3/4 masak.
Lebihan air rebusan daging boleh digunakan nanti.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar tersebut lalu masukkan daun kunyit dan daun limau.
Tumis hingga garing dan masukkan daging bersama air rebusannya sekali.
Kemudian masukkan kentang dan lobak merah.
Bubuh garam, gula dan sedikit santan.
Masak sehingga daging hampir empuk lalu masukkan lebihan santan tadi bersama sedikit bawang goreng.
Kecilkan api dan biarkan daging empuk dan kuahnya pekat sedikit.

Emmmm....
Ketam Masak Lemak Cili Padi
Ketam Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan:
Ketam bunga
5 ulas bawang kecil ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 inci kunyit hidup ditumbuk
1/2 inci lengkuas ditumbuk
3 biji cili api ditumbuk (kalau nak pedas lagi boleh tambah)
1 kotak kecil santan
2 biji tomato potong 4
1 biji telor sedikit daun kunyit..
garam & gula secukup rasa


Cara-cara memasak

Sekalikan bahan-bahan yg ditumbuk dalam periuk & rebus bersama 3 cawan air selama 5 minit hingga hilang bau.
Masukkan ketam yg sudah dibersihkan & rebus hingga ketam masak.
Kemudian masukkan santan (dan air ikut suka kuah nak pekat mana) dan kecilkan api. Pecahkan telor & kacau sentiasa sampai kuah masak (supaya tak pecah santan nnt tak sedap) akhir sekali masukkan gula (atau aji) & garam dan tomato tadi (atau kalau nak masamkan sikit bleh masukkan air asam jawa sikit).
masuk kan daun kunyit

Selamat mencuba....